Alumni Sains Teknik

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Forum ini dibuat bagi menggantikan web kita yang lepas...Boleh dikatakan forum ini sebagai 'port' untuk kita melepak,berkongsi maklumat atau apa sahaja.Di harap agar semua bekas pelajar 4-5 Sains Teknik SMKPH batch 2005-2006 dapat mendaftarkan diri.


    Peraturan Berforum

    athar yusoff
    athar yusoff
    Pengarah
    Pengarah


    Peraturan Berforum Empty Peraturan Berforum

    Post  athar yusoff Sun Feb 22, 2009 11:01 am

    Ingin saya menyatakan peraturan² untuk ahli forum ini.

    1.Elakkan Dari Menggunakan Caps Huruf Besar, warna merah dsb

    Di dalam alam sembang maya, Huruf Besar, font merah dsb selalunya menunjukkan kemarahan seseorang. Cubalah elakkan dari menggunakannya apabila menghantar posting melainkan jika anda ingin menekankan sesuatu isu atau emosi.

    2.Klik "Post" Dan Tunggu Hingga Mesej Anda Keluar

    Anda tidak perlu menghantar mesej berulang-ulang kali melainkan jika ada mesej "error" yg keluar.

    3.Sikap Berhemah

    Jangan gunakan forum ini untuk melancarkan serangan peribadi terhadap orang lain. Jangan kutuk-mengutuk, mencarut atau melontarkan bahasa yang kesat. Berforumlah secara berhemah.

    4.Hormati Pandangan Orang Lain

    Kadang-kadang anda akan berdepan dengan tulisan orang lain yang menyinggung perasaan anda. Sebelum membuat serangan balas secara terbuka, pertimbangkan dahulu kemungkinan mereka tidak berniat untuk menyinggung perasaan orang lain. Sangat mudah untuk membuat salah tafsiran melalui sebarang tulisan dalam sesebuah forum. Tidak perlu sama sekali untuk menyelesaikan masalah dengan menghina. Hormati pandangan orang lain walaupun mungkin pandangan mereka tidak sama dengan anda.

    5.Jangan “TROLL”

    Apakah itu troll? Ia adalah orang yang suka menulis sesuatu yang dapat membangkitkan kemarahan orang tetapi kemudiannya memerhatikan sahaja orang lain berlumba-lumba datang untuk bertelingkah. Selalunya golongan ini menggunakan nama orang lain atau menulis menggunakan nama-nama yang berbeza. Umumnya mereka akan melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian umum. Jika anda melihat topik seumpamanya, janganlah memberi respon – topik itu mungkin akan dipadamkan atau dikunci akhirnya.

    6.Isu-isu Sensitif

    Isu-isu sensitif yang boleh mengguris hati forumer lain,menyebabkan berlakunya pertengkaran atau pergaduhan akan dipadam.

    - agama
    - politik
    - perkauman
    - provokasi
    - porno
    AMARAN

    7.Aduan

    Jika anda mempunyai sebarang aduan, sila ajukan kepada Moderator yang bertugas. Para Moderator akan menimbangkan aduan tersebut dan mengambil tindakan lanjut jika perlu.

    --->admin<---

      Current date/time is Fri May 03, 2024 1:07 am